Wednesday, 7 September 2011
Kisah Cinta Aiman & Shahirah
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen –
ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu
telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud
akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba..., si dia bangun dan
memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di
hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.”
Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak
sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh
kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni,
pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok
tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi
teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi,
angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan.
Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab
pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan.
Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan
Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku
dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu
okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna
kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau
Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni.
Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum
seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je.
“hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat
tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari
dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si
isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak.
Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa
sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir
dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang
isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt
muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman
tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya
bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu.
Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman
hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio –
hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan
itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan
ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu.
Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya.
Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman
masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi
dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan
seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?
“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil
dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai
macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah
senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia.
Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah
okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia
bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak
Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen.
Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu
tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan
agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-
baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa
hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin
dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil
agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang
datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha
Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang
kosong.
Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi
amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau
ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir
sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke
rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku
sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat
perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi
Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk.
Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di
sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup
mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata
Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara
lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba
pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila
mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-
main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!”
Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa.
“salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!”
Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman
menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang
pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah
mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis
yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang
buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”
“tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk
kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar.
“tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-
Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di
katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata
Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak
reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah
tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah
sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising
perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi
imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan
bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan
dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah
sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak
apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar
dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh
masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah
berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa
laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar
masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat
kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah.
Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan
yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa.
“okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa
apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu
banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je
semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.”
“okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi
surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi
geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah
! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai
mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya
nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya
upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar
agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat
Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia
menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama
seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.”
Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya
senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin
sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami
yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah
membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian
berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman
bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik
dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab
Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas
bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman
tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah
ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama
untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu
di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak
untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak
terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya
keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia
nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak
tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik
sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak
Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa
berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada
nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah.
Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah
kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya
tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air
matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau
yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba.
Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia
menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman
duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang.
“Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk
hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk
rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang
jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si
isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar,
baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara
Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa
dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata
Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam.
Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis
ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa.
Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur
baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa
tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga
pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya
mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?”
“sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?”
soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai
syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman
telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai
membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi
berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap
bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.”
Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah
bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman
yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta
berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang!
Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak
pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak
lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan
menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke
ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara
Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar
ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu
tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang.
“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada
suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu
tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di
sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah
faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak
cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada
sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya
cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan
cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung
pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan.
“ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?”
sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual
mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.”
“kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan
Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman
dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah
agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu
“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut
senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan
lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu
di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah
kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman
diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman
dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum
mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita
membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa
di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan
spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk
melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita
bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi
selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas
dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah
tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya
lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun
dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat
lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak,
dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.”
Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh..
haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk
menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum
dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari
buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya
yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah
beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata
Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan
menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke
buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman
pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak?
Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman
senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak
ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan
menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try
dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu.
Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja
kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak
apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah
handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak
beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu
pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar
dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan
tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah
berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang
baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia
bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak
kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja.
Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan
sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday
saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah
ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang.
Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya
sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH,
tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata
Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman
turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan
kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala.
Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir
itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke
tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia
memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu
pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan
kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu
timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis.
“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi
merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi
suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak
banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah
atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi
mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh
teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat
Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan
semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat
macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya
tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa
yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu.
Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau
sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap
Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang
abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia
dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru,
Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along..
tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh,
kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya
tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..”
Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah
yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau
tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan
langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku
dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak
Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak
bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku
ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah
rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?”
Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam.
Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga
kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya
tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi,
Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni
mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati
hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah
isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia
nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia
muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta
pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak
balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman
jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu
sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman
terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat
rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak
demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit
nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas
sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan
tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar
esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi
berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman
senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada
istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang-
sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman
jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah
susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong
lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih
lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata
isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah
tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya
bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.”
Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi
tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan
seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama
kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah.
Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan
semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada
kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara
lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA
ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM
itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2)
Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali,
bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1)
Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)
Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang
yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku
dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang
halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi
AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah
kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh
ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel
apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah.
Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman
senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi.
Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi
toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman
menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak
muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap
terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah
meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia
dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa
bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda
sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia
tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak
rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu.
Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja
keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah,
dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan.
Tapi itu dulu… sekarang lain…
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah
tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi
still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je
isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki.
insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan
tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya,
Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada
risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar
satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik.
Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang
memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden
kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di
tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu
hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu.
kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok
Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh
lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat
Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya
senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan
saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan
nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah
mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia
baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..”
sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu.
Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu
dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah,
KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.”
Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti
Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta
perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah
memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.”
Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?”
Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu.
Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab
awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati
abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya
hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.”
Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus
memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut.
“untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami
isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak
macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan
untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan
daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri
penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa
mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya.
Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?”
Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan
turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita
makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah
menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman
terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.
Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan
ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut.
Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup
mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah
senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita
pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di
sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa
perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya
nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah.
Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia
menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah,
semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..”
Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman,
bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat
Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang..
bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm,
kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita
tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap
Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak
Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia
dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi
Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh
Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah
hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai
berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan
Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada
terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa
Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya
selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman
menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta
maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta
halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah
makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata
Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut
abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea
abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.”
Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke
dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus
nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan
pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak
kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia
cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya
itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke
dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit
Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam
dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi,
tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan
kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan
Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit.
Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang
hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah.
“sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah
macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman
mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!”
terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam
rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi
mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman
terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan
Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar
rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai
macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!”
Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya.
Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya,
umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak
mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau
bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah
mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya!
Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya.
Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan
hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika
pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba
Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara.
“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman,
kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana
keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya
bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran
hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman,
berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan
sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu.
“abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air
mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat
Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar
dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya
itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja-
kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi
tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-
Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di
ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia
membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ –
isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-
ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari
sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar
KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya.
Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu.
“bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui
kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang
tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom
jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak.
Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah
memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda
bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum
sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.
Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di
hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman.
Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba
di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang
iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah
menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke
arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah
lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil
itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak
survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya
Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah
baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit
kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut.
Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian
ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji
Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa
mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji
Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..”
sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi
dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah
sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah.
Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta
kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian
Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil
mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman
hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan
earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman
dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah
agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu.
“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika.
Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak
tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di
letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak
sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke
reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas
mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan
sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang
yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut
ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah
dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya
yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan
keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah
dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia
senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium
tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam
ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya
pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu.
Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu.
Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah
masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia
melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.
Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur.
Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak
musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu
dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah
pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman
mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya
sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu
ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur
baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam
Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa
baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada
dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan.
Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang
seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri
Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan
Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup.
Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar
mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu
mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang
di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya
jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya
dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut
saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk
bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang
check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri
Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan
menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-
kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat.
Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang
kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran
yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan
ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya
pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di
iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah
indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan
kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang
baik. Ingat mati itu pasti syurga atau
neraka yang menanti. wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment